JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 16 April 2013

Majikan hendaklah membenarkan tempoh yang munasabah bagi pekerja mengundi



PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PRU13

Pada 5 dan 6 Mei 2013 nanti, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya menimbang memberi Cuti Tanpa Rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13. Cuti Tanpa Rekod ini dapat menggalakkan lebih ramai penjawat awam terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab di hari mengundi Ahad 5 Mei 2013 nanti.

Majikan hendaklah membenarkan tempoh yang munasabah bagi pekerja mengundi

25.(1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi,membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau
menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.

(2) Seksyen ini hendaklah meliputi pekerja syarikat pengganti sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Keretapi(Syarikat Pengganti) 1991
[Akta 464] dan pekerja Kereta Api Sabah kecuali mana-mana pekerja yang sebenarnya bertugas mengendalikan kereta api dan yang baginya masa itu tidak boleh dibenarkan tanpa mengganggu pengendalian kereta api itu; dan Pengurus Besar hendaklah, dalam setiap hal itu, disifatkan sebagai majikan bagi pekerja itu.

(3) Mana-mana majikan yang, secara langsung atau tidak langsung, enggan memberikan, atau dengan intimidasi, dengan pengaruh tidak wajar, atau dengan apa-apa cara lain, mengganggu pemberian suatu tempoh yang munasabah untuk mana-mana pemilih yang bekerja dengannya mengundi, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, boleh apabila disabitkan secara terus didenda sebanyak lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama satu tahun.

(4) Seksyen ini tidak meliputi mana-mana kategori pekerja yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya melalui pemberitahuan dalam Warta
.
(5) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan setiap Negeri terikat kepada seksyen ini.

(6) Dalam seksyen ini, “majikan” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Kerja 1955 [Akta 265].

Akta 5
AKTA KESALAHAN PILIHAN
RAYA 1954

Tiada ulasan: