JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 29 Januari 2013

Pengharaman e-rokok: Pengguna mahu penjelasan terperinci

Komuniti pengguna rokok e-elektronik meminta supaya kerajaan memberikan penerangan lebih jelas berkaitan pengharaman penjualan rokok itu kerana ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Pengamal perubatan alternatif, Mohammad Mansor Abdullah berkata, beliau keliru mengenai pengharaman penjualan rokok itu kerana ia telah beberapa tahun berada di pasaran negara ini.

“Di Terengganu sahaja penjualan rokok ini telah bertapak kira-kira dua tahun lalu dengan bilangan pengguna hampir 5,000 orang. Mengapa kini baru ada pengumuman bahawa ia diharamkan? Sebagai pengguna, saya minta penjelasan,” katanya.

Menurutnya, bahan asas rokok e-elektronik yang terdapat di dalam cecair e-liquid tidak melebihi lima bahan, iaitu nikotin, ethyl maltol, glycerol dan propylene glycol.

“Setakat ini, saya difahamkan hanya empat bahan ini yang terdapat dalam e-rokok selebihnya adalah perisa yang mana digunakan di dalam bahan makanan lain seperti makanan ringan.

“Ini menunjukkan rokok tembakau mengandungi 4,000 bahan beracun berbanding yang terdapat di dalam e-rokok malah biasanya jumlah nikotin yang terdapat dalam e-rokok adalah sebanyak 12 miligram (mg) dalam setiap 1 mililiter (ml) cecair rokok berkenaan,” katanya.

Pada 21 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Beliau berkata, mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, pengguna rokok elektronik, Muhd Kamaruzzaman Mahmud berkata, sepanjang hampir setahun menggunakan rokok berkenaan, tahap ketagihannya terhadap rokok konvensional semakin berkurangan.

“Badan saya semakin sihat dan saya tidak rasa letih dan lesu seperti ketika menghisap rokok konvensional sebelum ini.

“Apabila timbul larangan menjual e-rokok, saya keliru sama ada ia benar atau ada sebab sebaliknya.

“Saya tidak percaya jika ada yang mengatakan e-rokok menjadi punca penyakit kronik kerana ada kajian mengatakan ia mampu memulihkan perokok tegar yang menghabiskan empat hingga lima kotak rokok sehari,” katanya.-sinar

Tiada ulasan: