JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 29 Januari 2013

Pengharaman e-rokok: Pengguna mahu penjelasan terperinci

Komuniti pengguna rokok e-elektronik meminta supaya kerajaan memberikan penerangan lebih jelas berkaitan pengharaman penjualan rokok itu kerana ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Pengamal perubatan alternatif, Mohammad Mansor Abdullah berkata, beliau keliru mengenai pengharaman penjualan rokok itu kerana ia telah beberapa tahun berada di pasaran negara ini.

“Di Terengganu sahaja penjualan rokok ini telah bertapak kira-kira dua tahun lalu dengan bilangan pengguna hampir 5,000 orang. Mengapa kini baru ada pengumuman bahawa ia diharamkan? Sebagai pengguna, saya minta penjelasan,” katanya.

Menurutnya, bahan asas rokok e-elektronik yang terdapat di dalam cecair e-liquid tidak melebihi lima bahan, iaitu nikotin, ethyl maltol, glycerol dan propylene glycol.

“Setakat ini, saya difahamkan hanya empat bahan ini yang terdapat dalam e-rokok selebihnya adalah perisa yang mana digunakan di dalam bahan makanan lain seperti makanan ringan.

“Ini menunjukkan rokok tembakau mengandungi 4,000 bahan beracun berbanding yang terdapat di dalam e-rokok malah biasanya jumlah nikotin yang terdapat dalam e-rokok adalah sebanyak 12 miligram (mg) dalam setiap 1 mililiter (ml) cecair rokok berkenaan,” katanya.

Pada 21 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Beliau berkata, mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikotin untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, pengguna rokok elektronik, Muhd Kamaruzzaman Mahmud berkata, sepanjang hampir setahun menggunakan rokok berkenaan, tahap ketagihannya terhadap rokok konvensional semakin berkurangan.

“Badan saya semakin sihat dan saya tidak rasa letih dan lesu seperti ketika menghisap rokok konvensional sebelum ini.

“Apabila timbul larangan menjual e-rokok, saya keliru sama ada ia benar atau ada sebab sebaliknya.

“Saya tidak percaya jika ada yang mengatakan e-rokok menjadi punca penyakit kronik kerana ada kajian mengatakan ia mampu memulihkan perokok tegar yang menghabiskan empat hingga lima kotak rokok sehari,” katanya.-sinar

Rabu, 9 Januari 2013

Tahun 2013: Aman atau terus berkrisis?

TAHUN 2012 merupakan kemuncak krisis antara umat Islam dalam kemelut politik untuk berkuasa kerana satu pihak berusaha mempertahankan kuasa politik dan satu pihak lain berusaha merebutkannya.

Kalangan masyarakat yang tidak terlibat dengan politik kepartian walau sealim dan sepandai mana sekali pun sering tidak dihiraukan oleh media dan orang politik, berkokolah senyaring mana sekali pun.

Krisis politik yang berlaku di kalangan masyarakat Islam dalam tahun-tahun terakhir ini khususnya dalam tahun 2012 adalah disebabkan ramalan yang kencang mengatakan bahawa PRU13 akan berlangsung dalam tahun 2012. Maka dalam proses itu berlakulah tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah, keji-mengeji, kecam-mengecam dan berbagai konflik serta permainan politiking yang tesisih dari nilai moral dan akhlak yang sewajarnya untuk mempengaruhi seberapa ramai bilangan pengundi. Maka tahun 2012 merupakan "tahun keaiban" bagi umat Islam di negara kita jika dilihat dari kacamata peradaban, tamadun, malah dari kacamata ajaran Islam sendiri dalam banyak hal yang kita saksikan.

Oleh itu, jika tahun 2012 merupakan 'the year of shame' bagi kita umat Islam, maka nampaknya gejala itu akan berterusan lagi dengan lebih rancak dalam tahun 2013 kerana PRU13 belum menjelma.

Persoalannya apakah tahun 2013, khususnya selepas PRU13 nanti, tahun ini akan merupakan satu tahun yang dinamik dan aman bagi kita, dan kita akan berjaya menjelma dalam bentuk baru sebagai umat yang bertamadun dan beradab.

Namun dari sudut pandangan yang agak pesimis, baik tahun mana sekali pun yang menjelma dalam proses pembangunan umat kita, maka satu hal yang amat penting diberikan tumpuan dan perhatian ialah mengorientasikan semula mentaliti dan akal fikiran umat kita, terutamanya dalam memahami sistem ajaran Islam dan falsafah serta hikmah ajaran agama yan suci itu.

Selagi umat Islam mempunyai kefahaman yang bercelaru tentang agamanya, dan selagi berlangsungnya konflik pemikiran di antara beberapa pihak dalam masyarakat Islam yang mengakibatkan konflik dalam pentafsiran agama itu sendiri, maka selama itulah umat Islam akan terus berpecah-belah, dan politik partisan akan merupakan satu wadah penting yang akan memecah belahkan umat.

Kadang-kadang pebezaan kefahaman Islam di kalangan anggota masyrakat Islam dapat diselesai dan diatasi dengan baik dengan penuh berhikmah dan bijaksana. Tetapi apabila perbezaaan dan konflik ini dipolitikkan berdasarkan kepartian, maka hal ini menjadi kemelut besar yang memecahbelahkan umat Islam.

Isu kalimah ALLAH yang jelas dan nyata itu umpamanya apabila dipolitikkan, maka umat Islam akan menjadi keliru mengikut pentafsiran ketua-ketua parti politik mereka, demikian juga isu-isu lain, yang ada kalanya tidak merupakan isu kepartian, atau yang mungkin melibatkan agensi kerajaan, sering juga dipolitikkan berdasarkan perbezaan parti politik, maka umat Islam akan terus berpecah-belah dan berkrisis.

Malah yang lebih serius lagi ialah pentafsiran tentang Islam yang sering dilakukan secara literal dan tidak berhikmah, tanpa mengikuti saluran feqh keutamaan, demikian juga istilah moden seperti sekularisme, kebangsaan, asabiyyah dan sebagainya yang sering ditafsirkan dari sudut agama mengikut perbezaan ideologi politik kepartian, maka semuanya ini hanya menimbulkan ledakan sentimen emosi dan sentimen, yang tidak bertunjangkan realiti, ilmu dan hikmah.

Masyarakat sihat yang saya tuliskan dalam entri ini yang baru adalah juga mencakupi masyarakat yang sihat amalan politiknya, berkerajaan, berparti, berkempen, berkarya, dan sebagainya.

Doalah kita semoga tahun 2013, akan merupakan tahun yang membawa kesihatan kepada rohani dan jasmani, minda dan akal, ilmu dan hikmah, dalam semua aspek pembangunan umat kita khususnya, dan warga negara kita umumnya, terutamanya dalam amalan politik yang sihat.

* Datuk Dr Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Ikim

sumber: sinar

Bas percuma hingga April

Setelah hampir dua minggu dibelenggu dengan masalah ketiadaan bas di Sungai Lembing, kini penduduk boleh menarik nafas lega apabila kemudahan bas Rapid Kuantan secara percuma dilancarkan 7 Januari lalu.

Exco Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata, setelah Syarikat Seng Heng menghentikan operasi dan perkhidmatan bas ke kawasan ini sejak 1 Januari lalu, penduduk berdepan dengan masalah pengangkutan lebih-lebih lagi kepada pelajar sekolah.

Menurutnya, prihatin dengan permasalahan yang dihadapi penduduk, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biri (NBOS) telah mengambil alih tanggungjawab tersebut dengan penglibatan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bomba.

“Sebelum 7 Januari penduduk menggunakan perkhidmatan yang disediakan ini dan selepas itu, Rapid Kuantan akan beroperasi secara percuma sehingga bulan April ini untuk laluan Kuantan-Sungai Lembing.

“Setakat ini ada tiga buah bas telah disediakan dan jumlah bas akan ditambah pada minggu hadapan kepada enam buah bas,” katanya.

Seterusnya, beliau harap agar langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan ini dapat mengatasi segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk kawasan ini akan diatasi,” katanya.

Lebih kurang 200 pelajar menggunakan perkhidmatan bas ini untuk pergi dan balik dari sekolah sepanjang laluan Kuantan-Sungai Lembing.

Selain pelajar sekolah, ada juga penduduk yang menggunakan perkhidmatan ini untuk bekerja di bandar Kuantan dan juga berurusan di pusat bandar.-sinar

Khamis, 3 Januari 2013

Syarat Dimansuh : Rebat RM200 Tanpa Had Harga Telefon Pintar.

Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah dibenarkan membeli sebarang jenis telefon pintar tanpa sebarang had dengan rebat berjumlah RM200.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing. Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman web www.komunikasibelia.skmm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.