JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 9 Ogos 2012

Baskin Robbins Diserbu Peminat Aiskrim

Seperti yang dijangkakan, pemberian aiskrim Baskin Robbins secara percuma semalam telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

Mana tidaknya, rakyat Malaysia yang dahagakan kelazatan aiskrim terkemuka tersebut sanggup beratur panjang dari jam 6 petang walaupun pemberian aiskrim percuma itu bermula pada jam 8 malam.

Rata-rata di antara mereka sanggup menunggu dan beratur panjang untuk mendapatkan aiskrim percuma.

Program itu merupakan satu usaha Baskin Robbins yang menyokong inisiatif ‘Impian Emas’ Media Prima Bhd dalam misi menggapai pingat emas pertama negara.

Mengikut perancangan sebelum ini, pemberian aiskrim percuma itu akan diberi sekiranya atlet Malaysia berjaya meraih pingat emas.

Namun, sebagai ganjaran kepada sikap patriotik dan semangat kesukanan rakyat Malaysia terhadap industri sukan negara, pemberian aiskrim percuma tersebut diteruskan.

Malah, ia juga sebagai tanda penghargaan sekaligus meraikan jaguh sukan negara.

Pemberian aiskrim percuma itu diberikan di semua 61 rangkaian cawangan aiskrim Baskin Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kios di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula pukul 8 hingga 10 malam semalam.

MyNewsHub ingin berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan ‘kegilaan’ rakyat Malaysia yang menyerbu premis tersebut.-MyNewsHub

3 ulasan:

Hans Hanis berkata...

memang panjang bonar :-)

Atie Zieya berkata...

perh.......rmainya..cek tak snggup nk tunggu cm ni

ahmad zikron berkata...

tu la..terasa jgk nk mkn..akhirnya pergi jgk beli tadi..hehehe