JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 10 Ogos 2012

Al-Quran sebagai sumber petunjuk

Al-Quran dalam Surah Al- Baqarah ayat 185 ALLAH menyatakan: “Ramadan adalah bulan yang diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan batil).

Maksud petunjuk itu luas maknanya. Ia bukan sekadar pengetahuan dan ilmu, data dan fakta, pedoman dan maklumat tetapi petunjuk ALLAH itu Rabbaniah sifatnya dan mampu membentuk akal fikir dan hati nurani hingga terjelma watak contoh dan mithali.

Turunnya al-Quran pada bulan tersebut memberi erti amat besar kepada ahli abid yang sedang melakukan siyam supaya dekat dengan ALLAH (taqarrub Ilallah) dalam maksud melaksanakan yang makruf dan menghindar diri daripada yang mungkar.

Dengan kekuatan akliah manusia tidaklah segala-gala. Binaan ruhiyyah yang menghubungkan akal dengan wahyu menjadikan fikir dan zikir berjalan seiring dan menghasilkan upaya tadabbur yang tinggi akan hal-hal nyata dan ghaib.

Al-Quran menghubungkan yang nyata dengan ghaib supaya yang nyata itu dikaji kerana setiap kejadian daripada ALLAH tidaklah sifatnya sia-sia, tetapi terkandung hikmah amat hebat. Tetapi dalam pencarian hidup manusia banyak tidak diketahui. Ini menyebabkan kesesatan berlaku sehingga ke hujung hayat.

Surah yang pertama ditanzilkan kepada Nabi Muhammad ialah Iqra’. Ia membawa maksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. Ayat ini memberi makna penting bagi manusia iaitu kepentingan ilmu. Ilmu dalam al-Quran adalah suluh, memberi cahaya dan memimpin kebijaksanaan. Daripadanya manusia terpedoman dan terbimbing dalam kehidupan.

Membaca al-Quran bukan hanya dalam pengertian harfiah untuk mendapatkan fadilat atau pahala. Al-Quran adalah untuk dimengerti dan difahami baik dari sudut asbab (sebab turunnya) mahu pun dari aspek makna khulasah dan tafsirnya.

BACALAH! tidak saja terhubung dengan hal-hal yang nyata secara empiris tetapi terkandung maksud tadabbur secara rohaniah. Al-Quran tidak saja bersifat tekstual atau respons kepada apa yang ditanzilkan tetapi lebih bermakna lagi ialah bersifat kontekstual iaitu sorotan terhadap faktor batini dan alghaib yang memberi makna terhadap kefahaman mengenai manusia, alam, kejadian dan juga peristiwa.

Al-Quran itu sendiri terkandung kisah untuk dijadikan ibrah, perjuangan para Rasul mendepani kerenah kaum yang sezaman dengannya memberikan kita iktibar bahawa sifat kisah dan sejarah adalah mengulangi. Apa yang berlaku pada zaman Nabi Luth AS diulangi kini dalam konteks pola-pola gay dan lesbian yang sedang mewabak. Kalau pada zamannya kaum Luth dihancurkan, pada zaman kini umat manusia sedang menghadapi musibah Aids/HIV yang bakal menghancurkan mereka.

Ayat awal yang turun memberikan petunjuk tentang asal kejadian manusia dari darah beku (alaqa). Ia diperkukuhkan lagi dalam Surah Al-Mukminun ayat 12-14 mengenai konsep turabb, iaitu tanah yang terkandung banyak rahsia terhubung dengan ALLAH yang Maha Mencipta. Secara saintifik ia memberi asas kepada ilmu mengenai janin atau embriologi dan kedatangan roh kepada manusia.

Roh itu adalah milik ALLAH dan sifatnya ghaib. Upaya roh membolehkan manusia berfikir dan menjana ilmu. Upaya ruh menjadikan kekuatan rohani perkasa dan dapat membezakan yang buruk dengan baik. Roh juga memberikan daya kepada manusia supaya ia menjadi buah amal yang diterima ALLAH.

Ayat ke 3-5 dalam Surah Al- Alaq itu memberikan pedoman kepada manusia mengenai kepentingan alat atau teknologi (kalam) dalam meneroka ilmu (a’lam).

Ughul Beg adalah pakar astronomi Uzbekistan yang menggunakan observatori atau balai cerap untuk mengetahui sedikit rahsia alam, cakerawala, bintang-bintang dan kaitannya dengan bumi, cuaca, silih gantian siang dan malam sebagai sunnatullah atau ketentuan daripada ALLAH.

Oleh itu turunnya al-Quran dalam bulan Ramadan terbinanya tradisi tilawah, tadarrus supaya al-Quran tidak saja didekati dengan mengambil barakah harfiah yang dibaca tetapi lebih utama lagi menjadi sumber ilmu yang memberi petunjuk. Manusia boleh jadi pandai atau cerdas pintar dalam mengingat dan mengkaji sesuatu.

Tetapi ketangkasan akliah saja tidak memadai. Ia menuntut kehebatan ruhiyyah yang menjadi titik-tolak kepada kelangsungan hidup insan.

Tiada ulasan: