JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 22 Ogos 2013

Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang

Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang | Sebanyak 37 orang maut apabila sebuah bas ulang-alik Genting Highlands yang membawa 53 penumpang terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sedalam 150 meter sewaktu menuruni pusat peranginan itu di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands- Kuala Lumpur hari ini.

Nahas terburuk dalam sejarah kemalangan negara itu berlaku kira-kira pukul 2.24 petang ketika bas dipandu Lim Kok Ho, 44, yang turut maut, menuruni puncak Genting Highlands ketika hujan renyai-renyai menuju ke ibu negara.

Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang | Selain 37 mangsa yang terkorban, 16 lagi penumpang cedera parah dan mereka dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong.

Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang | Malah ada di antara mangsa kemalangan ngeri itu yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter selepas kenderaan itu terhumban ke dalam gaung. Kebanyakan mangsa maut akibat terhimpit dan tercampak ke bahagian tempat duduk pemandu selepas bas itu terjunam.

Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Soiman Jahid memberitahu, bas itu dipercayai hilang kawalan sewaktu menuruni selekoh berhampiran tokong Cina lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.


Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang | Terdapat beberapa mangsa yang tercampak keluar dari bas sejauh 200 meter ke dalam gaung ketika bas itu terhumban.

Sebanyak 53 penumpang dipercayai menaiki bas berkenaan. Bagaimanapun setakat ini kita belum mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.

“Mangsa pertama yang cedera dibawa keluar pada pukul 3.54 petang manakala mayat terakhir dikeluarkan pada pukul 8.01 malam. Kesemua mayat mangsa dihantar ke HKL manakala 16 mangsa yang cedera dihantar ke HKL, Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Bentong," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang | Identiti kesemua mangsa yang maut belum disahkan namun pecahan mereka ialah seorang lelaki Melayu; 19 lelaki Cina dan sembilan wanita Cina; tiga lelaki India dan seorang wanita India serta keturunan lain tiga lelaki dan seorang wanita.

Menurut Soiman, sebanyak 452 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan perubatan bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dan mangsa kemalangan itu.

Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang | Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd. Mansor Mohd. Noor memberitahu, setakat ini belum dikenal pasti sama ada terdapat kanak-kanak yang turut terkorban.

Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang | Pasukan menyelamat menggunakan kren untuk mengeluarkan semua mereka yang tercedera dari lokasi kejadian," katanya.

Gambar nahas bas di Genting Highlands yang membawa 53 orang penumpang | Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai melawat tempat kejadian. - utusan

Sumber

Rabu, 21 Ogos 2013

Pertandingan bunga api dijangka tarik 3 juta

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos, 13 hingga 15 Sept, dan 2 Okt ini dijangka menarik tiga juta pengunjung.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat berkata sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia.

Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya dianggar 500,000 pengunjung akan datang ke Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya pada setiap tarikh pertandingan diadakan.

Setiap pertunjukan akan berlangsung selama 25 minit bermula 9 malam pada tarikh-tarikh berkenaan, kecuali pada 30 Ogos, pertunjukan dimulakan pukul 12 tengah malam sempena sambutan Ambang Kemerdekaan, katanya.

Selain persembahan bunga api, PPj selaku penganjur bersama Duago Corp Sdn Bhd juga akan mengadakan acara sampingan seperti konsert mini, bazar dan jualan makanan jalanan.

Menurut Aseh, bagi kemudahan pengunjung PPj menyediakan kawasan letak kereta dan perkhidmatan bas berhampiran tapak pertandingan.

Sementara itu, beliau berkata bermula 30 Ogos ini nama Pusat Maritim akan ditukar kepada Marina Putrajaya.

"Pertukaran ini bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai yang mengaitkan pusat ini dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan sebagainya," katanya. - Bernama

'Tak sangka ALLAH balas cepat'

KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu.

Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang.

Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya.

Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.

Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.

Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca


Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.

Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.

“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain. Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

sumber

Khamis, 15 Ogos 2013

10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah

10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah ini saya ambil dari facebook untuk tatapan pembaca blog. Mari sama-sama kita cakna isu mesir yang terbaru dan terkini.
Mesir diishtiharkan DARURAT selama sebulan bermula jam 4 petang.
Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK & BOM GAS BERACUN semua penyokong Dr Morsi.
Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU orang telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari kalangan kanak2, ibu-ibu, & wanita-wanita.

Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.
Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.
Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.
Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.
Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.
Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.
Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Apa peranan kita?

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM

Ayuh kita siapkan diri kita dan cakna tentang isu tragedi berdarah Mesir

Ayuh kita sampaikan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Mesir.
Moga Allah LAKNAT & HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir!

Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!
p/s : Harap pembaca dapat sharekan post ini kepada rakan-rakan yang lain.

Sumber :muazfaris.com